Pengertian Persahabatan
Friday, 10 August 2012 ϟ 21:59 ϟ 0 Comment[s]
persahabatan merupakan seseuatu yang indah dalam dunia nie, lagi indah kalau kita pandai mewarnai persahabatan tersebut. kasih sayang, kejujuran, sakit hati, makan hati, kecil hati, suka duka, kegembiraan, persamaan, perbezaan, persefahaman tu semua ada dalam persahabatan. Jujur aku katakan aku sayang semua sahabat-sahabat aku. tinggi letaknya kedudukan mereka di hati ini. jika ingin ditukarkan dengan nyawa, dengan rela aku serahkan asalkan sahabatku itu masih boleh melihat bumi Allah yang indah ini.
sahabat merupakan insan yang tiada gantinya, dialah pembimbing jiwa takkala jatuh, penenang hati takkala keserabutan melanda. ikhlas aku katakan, aku tak boleh hidup tanpamu sahabat. kehidupan seseorang itu tidak akan lengkap tanpa insan yang bergelar sahabat. hilang serinya, hilang ceriyanya, hilang tawanya, hilang guruauannya, hilang segala-galanya.
buat sahabat-sahabatku, andai ini takdir yang menentukan pertemuan dan perpisahan kita disini, aku hanya mampu tersenyum melihatmu bahagia dan gembira. ingatlah bahawa jiwa dan rasa dariku akan sentiasa berada disamping mu. andai kau tidak lagi menganggap kehadiranku perlu. izinkanlah aku menganggap kehadiranmu penting dalam hidupku. izinkanlah aku terus menyebut namamu, izinkanlah aku terus mengingati setiap memori kita bersama. maaf atas segala keterlanjuran perbuatan. dan untuk pengetahuan mu sahabat, tiada sedetik pun marah dan benciku terhadapmu.
#ikhlas dari hati.
SEMALAM YANG DIINGINKAN
SEMALAM ADA TAWA DIHARI KITA
HARI INI, KEMANA TAWA ITU PERGI
SEMALAM ADA CAHAYA DI SIANG KITA
HARI INI, KENAPA MENDUNG MEMALAPKAN SEGALANYA
SEMALAM MASIH ADA SUARA LEMBUT KETIKA BERBICARA
HARI INI KENAPA NADA TINGGI MENJADI HALWA TELINGAN
SEMALAM MASIH ADA SENYUMAN DI BIBIR ITU
HARI INI, KENAPA JELINGAN MATA YANG MENJADI HALWA TELINGA
SEMALAM MASIH ADA GURAU SENDA ANTARA KITA
HARI INI, KENAPA ADA KEBISUAN TAKKALA BERDUA
SEMALAM....
SEGALANYA LAIN
TAPI DENGAN SEHELA NAFAS DIHEMBUS DALAM KEDINGINAN
SEGALANYA BERUBAH DALAM SEKELIP MATA
WAJARKAN AKU GEMBIRA DENGAN SEMUA INI
BODOHKAH AKU APABILA AIR MATA INI JATUH KE BUMI
APA YANG AKU INGINKAN HANYALAH
ADA ESOK YANG ADA SEMALAM DIDALAMNYA.