Hati yang mati
Friday, 31 August 2012 ϟ 04:31 ϟ 0 Comment[s]
Hati yang mati tanpa sedikit perasaan masih berada didalam jasat ini. kebingungan sama ada perlukah aku terus menyimpan hati itu atau harus aku cari atau ciptakan yang baru. adakah mampu aku terus hidup dengan hati yang kosong ini. aku ingin cuba hidup begini, kerana aku tertarik dengan kehidupan orang lain yang mampu hidup begitu. kelihatanya aman. kelihatanya tenang begitu tanpa perlu memikirkan perasaan dan fikirang orang lain. mungkin satu hari aku akan cuba untuk hidup begitu. ingin rasanya dihati untuk aku jadi sekejam itu. mungkin "indah". Bila hidup kering dan kontang, indah mungkin. Bila hati kosong dari segala perasaan, mungkin tenang dan aman yang akan aku kecapi. pelik bagiku bila orang mampu mengatakan 'lantak lah kau' 'ape aku peduli' 'aku tak kisah lansung pasal kau'. apa yang ada didalam hati mereka tatkala berkata begitu? sehingga sekarang tidak aku mampu merungkai jawapan kepada persoalan itu. semakin hari hati, fikiran, minda mengeluarkan segala persoalan yang sukar untuk aku cari dalam kehidupan ini.
*Membenarkan keegoaan diri sendiri bertambah. Seronok rasanya.
mentari tidak akan terbit di siang hari
rembulan tidak akan muncul di malam hari
duri tidak akan tumbuh jika tidak disirami
pagar tidak akan memisahkan jika tidak dibina
indahnya ciptaan tuhan yang maha mencipta
kagumnya aku melihat kegiatan persekitaran yang dasyat kawalannya
sedangkan aku
gagal mengawal persekitaran