The Teen


Hiiiii, I'm Uja. someone call me babat. i think imma a babat one. imma nature lover, :). imma also love photographer so much. my friend said that imma a funny, mybee i think, hehe. i also love people around me. muah muah. XD kaytata. f



Credits

Template is made by PiKevin.
The basscode is taking from Ainabillah Shafie. Thanks to We ♥ It for the amazing picture. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


All rights reserved ® JOJOY 2012.


Bersoraknya Syaitan
Tuesday, 28 August 2012 , 18:17 , 0 Comment[s]
          Sahabat pernah berkata ' Terputusnya Sebuah Persahabatan Maka Bersoraklah Syaitan Ibarat Musnahnya Sebuah Perkahwinan'.   tersentak bila mendengar dia berkata macam tu.  Sudah dosakah aku membenarkan syaitan bersuka ria tatkala tali ukhuwah yang genting ini semakin merekah dan menipis.

# kalau air boleh melembutkan ego insan, aku akan berusaha sehingga terjadi. dan jika api boleh mencairkan kekerasan hati. akan aku panaskan ia hingga luluh cairnya.

          Setiap orang ada pendapat sendiri dalam bersahabat.  bagi aku, persahabatan adalah indah apabila aku dapat melihat senyuman sahabatku itu walaupun aku yang menanggung segala kesakitanya.  bodohkah aku jika aku katakan yang aku rela mati demi sahabat aku. bodohkah aku jika cuba mencari nyamuk yang telah menggigit sahabatku. bagi ku itu bukan sesuatu yang bodoh, ikhlas dari hati ku, akan aku lakukan semua itu untuk para sahabat, kerana apa? AKU SAYANG SAHABAT AKU! itu je yang mampu aku cakapkan.
   
          Hari ini, aku melihat tembok yang sangat kukuh sedang dibina, segala usaha telah aku lakukan untuk menghalang terbinanya tembok itu.  tapi  senjata  aku hanya ada rasa kasih untuk merobohkan tembok itu. mungkin keegoan, kekerasan hati yang mampu merobohkannya.  tapi jujur aku katakan, hati aku tidak kaya dengan semua itu.

         Pelbagai persoalan lagi yang muncul dalam fikiran yang masih belum dapat aku rungkai jawapannya,  mungkin aku masih hijau dalam kehidupan, mungkin aku hanya bayi yang baru belajar merangkak.

tembok besar telah dibina
menanti waktu melenyapkan segala sisa perjuangan bersama
jutaan duri ditanam di sekeliling
menyuruh jauh jangan didekati
api yang panas sentiasa menyala 
membakar segala rasa yang ada dihati
jika jarak yang diinginkan
akan aku turuti jika itu permintaanmu
jika tali yang genting itu kau pinta untuk putus
tiada apa yang mampu aku lakukan 
melainkan hanya mampu melihat tali itu merekah dan terputus akhirnya
keredhaan yang hanya mampu kuniatkan dihati.