mampukah aku menjawab.
Tuesday, 22 May 2012 ϟ 20:36 ϟ 0 Comment[s]
bila kita jatuh, ada tangan dihulur?
bila kita sakit, ada ubat yang dihulur?
bila kita kecewa, ada kata semangat yang didengar?
bila kita hilang, ada yang sedang risau mencari?
bila kita sedih, ada tisu yang dihulur untuk menghapus air mata?
bila kita luka, ada ubat dicari untuk menyembuh luka?
bila kita tiada keluarga, ada orang lain yang boleh menjadi penganti?
minda berfikir, hati bertanya
adakah itu berlaku pada aku?
adakah aku tahu siapa mereka itu?
apakah aku lakukan untuk membalas semua itu?
adakah aku layak dilakukan begitu?
adakah sudah kata terima kasih keluar dari mulut aku?
adakah? adakah? adakah?
hidup banyak persoalannya
soalan itulah menjadikan ini kehidupan
bilakah soalan-soalan itu akan terungkai?
masih tidak mampu aku menjawab.
berfikir memandang kehidupan
kehidupan yang ingin dikecapi
adakah aku mampu?
persoalan yang tak dapat lagi aku jawab.
* terpaku membaca karya insan bagiku sangat hebat kata-katanya iaitu Zahiril Adzim, membuat aku juga berfikir.