pemergian
Tuesday, 6 March 2012 ϟ 21:29 ϟ 0 Comment[s]
nukilan kak wydaSaat ku melangkah pergi, ku mengharapkan masa itu terhenti. Agar aku tidak perlu melangkah pergi, jauh dari sini. Saat jantungku terhenti, ku mengharapkan kalian ada di sisi. Agar aku dapat pergi dengan tenang, tanpa ada sesal dihati. Kenangan selama 3 tahun berada disini, sudah cukup untuk aku menulis sebuah buku. Sebuah buku yang ku jadikan tempat ku luahkan keluh sesalku dan tawa gembiraku. Terlalu banyak kenangan yang telah ku lakarkan disini, sudah cukup untuk aku pahatkan di dinding hatiku. Saat ini, adalah saat dimana ku tutup buku lamaku, kerna ku tahu, sedikit masa lagi pasti aku coretkan nukilanku di buku yang baru. Biar ku akhiri masaku disini dengan senyuman terakhirku. Sudah puas ku titiskan air mata pada mereka-mereka yang tidak tahu menghargai erti kasih yang ku beri. Terima kasih ku ucapkan pada mereka yang menguris hatiku , kerna pernah menjadi kenangan yang indah dalam hidupku, kerana pernah berada disisiku. Dan terima kasih, kerana telah menguris perasaanku disaat aku menghitung hari berada disini. Usah risau, kerana aku akan kekal dengan kata-kataku.
Dan pada kalian yang aku kasihi, teguhkan imanmu, kerana itu yang akan memimpinmu. Jauhkan duka dihatimu, kerana aku tiada untuk memujukmu. Ingatlah aku walau nanti aku sudah tiada menemani. Jagalah diri sebagaimana aku menjagamu, malah jagalah dirimu sepenuh hati. Ukirlah senyuman disaat kau merinduiku, renunglah pada bulan jika kau merinduiku. Kerana kita akan merenung pada bulan yang sama. Jangan pernah rasa kesepian, kerana aku akan selalu ada dihatimu. Kerana aku akan selalu menjagamu, walau nanti aku akan pergi jauh dari sini. Redhakanlah pemergianku, agar aku lebih senang melepaskanmu. Banggakanlah diriku. Seandainya bisa, pahatkanlah kenanganku di dalam jiwamu. Agar kita akan selalu bersama, walau jauhnya tidak terhingga. Sayang dan kasih buat kalian, yang insyallah, kekal di mindaku.
kite start rapat tahun lepas. mase tu fuzaa tngah banyak sangat problem. akak yang banyak teman fuzaa.sem lepas akak slbrate beday fuzaa dengan prank. akak slalu bagi nasihat, teguran. sem nie kite makin rapat.banyak bende yang kite buat same2. slbrate beday farie. sume banyak kite buat same2. tapi nie last sem akak kat sini. lepas nie akak dah balik. akak dah x kat sini. kite dah tak boleh mcm sekarang. dah tak boleh nak jumpe slalu. dah tak boleh nak lepak slalu. nak gelak2. gurau2. nak lepak kat tasik. nak buli farie lagi dah.. sedeyh sangat kak bile fikir bende nie. sayu sangat hati. tapi fuzaa kene baljar trime bende nie. setiap pertemuan pasti ade perpisahan. fuzaa doakan akak happy, bahagia, jumpe orang yang btul2 hargai akak.
yang kanan is kak wyda.. love u sis.
#setiap kenangan fuzaa ngan akak akan fuzaa simpan sampai bile2.. thanks kak sangat2.. <3